Peribahasa #1: Usaha tangga kejayaan | Skali Skale


Wednesday, August 24, 2011

Peribahasa #1: Usaha tangga kejayaan

Pepatah atau peribahasa melayu ada mengatakan "usaha tangga kejayaan". Kalau pepatah bahasa arab mengatakan "al-ijtihad as-assasun najjah" yang bermaksud sama dengan peribahasa melayu iaitu usaha tangga kejayaan.

Bila gua baca pepatah melayu ni teringat gua satu kisah masa kat sekolah dulu. Kisah kelakar yang sampai sekarang gua ingat lagi.

Kisahnya bermula bila ustaz sekolah gua cakap kat kelas, "awak semua belajar rajin-rajin ok. Usaha itu tangga kejayaan. Jangan malas-malas nanti awak semua rugi." Tiba-tiba kawan gua boleh bertanya soalan bodoh. Mungkin sekadar untuk bergurau gua rasa. "Ustaz! saya dah dapat banyak tangga, tapi kejayaan je yang tak muncul-muncul. Macam mana ustaz?"

"Oh kejayaan tak muncul-muncul? Jap lagi "kejayaan" datang kat awak. Awak mari ke sini". Kata ustaz gua.

"pannnnnnngggggg"! satu penampar jepun yang padu tepat kena kat muka kawan gua.

"itu dia "kejayaan". Sedap kan? Lain kali jangan buat lawak bodoh!". kata ustaz gua

Bagi gua padan muka member gua tu. Lagi nak buat lawak bodoh memang makan penampar la gamaknya. Haha!


p/s: nak cepat naik la lif. Hehe

2 comments:

intan said...

uih,garangnye ustaz tu..

Gaara said...

@ustaz tu mmg garang pun..jgn men2..haha!